e-Daftar
e-Daftar adalah aplikasi permohonan pendaftaran fail cukai pendapatan untuk pembayar cukai baru mendapatkan nombor rujukan cukai.
Langkah-langkah permohonan individu:
1. Lengkapkan borang pendaftaran online.
2. Muat naik salinan dokumen berikut bersama permohonan:
2.1 Kad pengenalan / polis / tentera bagi warganegara Malaysia yang tidak menjalankan perniagaan.
2.2 Pasport bagi bukan warganegara Malaysia yang tidak menjalankan perniagaan.
2.3 Kad pengenalan / polis / tentera / Pasport dan sijil pendaftaran perniagaan bagi warganegara / bukan warganegara Malaysia yang menjalankan perniagaan.
3. Semak status permohonan menggunakan nombor permohonan.
Contoh nombor permohonan
(diberi setelah borang pendaftaran online diterima).
| Muat Naik Dokumen Pengenalan Anda. Sila Ambil Perhatian : |
| 1. Hanya Muka Depan Yang Dengan Jelas Menunjukkan Nama Dan No. Pengenalan Diperlukan. |
| 2. Hanya Fail .gif Atau .jpg Sahaja Dibenarkan Dan Saiz Fail Besar Dari 40k Dan Tidak Melebihi 60k. |
| 3. Nama Fail Mestilah Menggunakan Alphanumerik Sahaja (a-z,A-Z dan 0-9). |
|
Peringatan: Jika anda tidak mengemukakan dokumen yang dikehendaki sebelum atau pada tarikh ditetapkan. Permohonan pendaftaran tidak akan diproses. |

Masalah/Aduan/Komen: 1-300-88-3010
Panduan Mengisi Borang